Wednesday, April 9, 2008

HOW TO HAVE A BEAUTIFUL MIND


Al Kisah….Di dalam satu Majlis makan malam, berdirir sesosok wanita yang sangat cantik, mempunyai kulit yang halus, pakaian yang glamour dan bentuk badan idaman semua wanita. Tapi malangnya dia nampak keseorangan. Mereka yang menghadiri jamuan itu hanya menyapa dan berlalu begitu saja. Manakala, di sebelah yang bertentangan, ada seorang lelaki yng agak endek, botak dan berjambang (dalam bahasa kitani nda hensem!!). Tetapi dia selalu saja di kelilingi oleh tetamu yang hadir dan berbual-bual mesra dengan beliau. Mengapa? Kenapa? Dan Apa yang terjadi sebenarnya?

Well, Kita boleh berbuat apa saja kepada diri kita, kalau mau cantik kita boleh ke saloon, gym, memakai make-up yang tebal atau pun plastic surgery (terdesak kali sudah!!)..
Tapi bagaimana kita hendak mencantikkan Minda kita? Pernahkah kita berusaha untuk mencantikkan minda?

Kecantikkan Fizikal dengam minda yang membosankan memang MEMBOSANKAN. Kita berkemungkinan akan mendapat tarikan kerana kecantikkan kita tapi tidak akan mamapu mempertahankan tarikan tersebut.

Di dalam kisah di atas tadi. Si perempuan cantik itu mempunyai kecantikan yang luar biasa tetapi mempunyai minda yang membosankan sementara lelaki pendek dan botak itu memang mempunyai Minda yang cantik sebab itulah dia mendapat lebih perhatian.

Di pendekkan cerita, Minda yang cantik mengambarkan kecantikkan diri kita yang sebenar dan Minda yang cantik juga akan membina akhlak yang cantik.

“ We Spend a fortune on clothes, cosmetics, diets and workout-even surgery…to make our bodies more attractive. Yet we hardly consider the one thing that enhances everyone’s appeal. It costs nothing, takes very little time, and without it even the most physically beautiful person will be unattractive: it is a beautiful mind. No matter how stunning you are, if your mind is dull you have no hope of impressing people in any situation”… Edward De Bono (2004) The international bestselling author of lateral thinking and six thinking hats.

“ Secantik-cantik manusia adalah yang mempunyai akhlak yang hebat, cermerlang and terbilang”..

0 comments: